Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

Movie with Ary - Ombak Rindu Full movie

Links to this post


Alhamdulillah.... Part 1

Links to this post
            


            Alhamdulillah... tuhan maseh sudi beri rezki.... maseh sudi beri aku idea... untuk aku lagi terus tulis lirik dan mencipta melodi buat lagu lagu ciptaan aku... walaupun lagu ciptaan aku tak la segempak mana... tapi aku maseh bersyukur dengan apa yang aku dapat....

            Sebenarnya banyak lagi peng'karya' seperti aku... yang mencipta lagu sendiri..yang menulis lirik sendiri.... kalau rajin selongkar video video yang ada kat you tube tu banyak sebenarnya insan yang berbakat.. malah mungkin lebih baik dari aku... tapi.. aku pun maseh belajar sebenarnya... semakin hari makin banyak yang aku jumpa... bakat yang Allah beri pada aku... juga pada mereka...

            Setakat ni.... pada aku da pun lebih seratus lagu... tapi yang aku baru push jadikan video baru 66 video diyoutube,,, aku tahu... bukan mudah nak membina nama... apatah lagi jika aku tak mempunyai cabang untuk kedepan..... aku cuma ada wall facebook... aku cuma ada channel youtube aku... dan aku cuma ada blog aku ni... hahaha... tu je la yang aku ader... da tak larat nak wat apa apa lagi.... maklum la keje kilang... masa terbatas nak 24 jam ngadap laptop ni je...

             Ingat lagi masa mula mula aku berkarya... aku bermula dengan menulis puisi sebenarnya... dan aku pun mula menulis puisi  sebab dulu nak pikat awek... hahahaha..... klako giler bila nak pk... masa tu aku buat puis ayat ape ntah aku letak... tu kira jiwang giler tahap karat punyer... kalau aku jumpa buku tu musti aku gelak terberak berak... hahahaha..... apa da....

            Tapi bagus juga.. sebab bermula dari itulah aku mula dapat tahu aku bole mencipta puisi... dan aku hantar ke beberapa akhbar... dapat jugak masuk dan disiarkan... malah tersiar juga kat majalah remaja.. pada 15 september 2007.. tu kali terakhir aku hantar ke majalah... pastu ntah kenapa aku da malas... malah awek yang aku nak ngurat dulu.... dapat beb.... Ana.. ingat lagi kadang kadang dan kadang la.... maklum  la fisrt love.... perghhh!!!

            Bagus sebenarnya budaknya... manis.. cantik... tapi dua tahun je kami berkawan... nak ambik SPM aku putuskan hubungan kami... sebab ramai sangat cakap aku penyebab pelajarannya merosot... orang cakap la... tapi aku tengok result periksa die.. ok ajerk.... huhuhu.... tapi  sampai situ je la hubungan aku ngan dia....

            Dia kawin dulu daripada aku... dia cakap... suami dia ada macam aku sikit... erk! betul ker....? Da anak dua da masa last aku dapat berita tentang die... tapi sekarang aku dah tak tau da aper citer tentang Ana lagi.... lost contact da... aku rasa pun dia da tak nak jumpa aku kot.... tapi walau apa pun... kenangan tetap kenangan... aku amat hargai waktu bersama dengan Ana.... banyak puisi puisi aku yang aku coretkan buat Ana... rasanya memang banyak... ada lagi dalam simpanan aku... sebab kerana Ana la aku mula menulis puisi.... aku memang terima kaseh thanks a very lot... kat dia pasal ni....

           Aku maseh ingat lagi... masa aku kawan dengan dier... ada jugak la mulut mulut yang tahap longkang cakap.... "pasal ape ko suker sangat kat dier.. kan kawan dier dot dot dot lagi lawa, putih..." tapi diorang sume tak tak tahu.... wajah Ana hitam manis... manis bagi aku... tahi lalat dier... suara dier.... semua pasal dier... memang memikat aku... Ana manja dengan aku dulu... pandai pujuk aku... hahaha... da meraban da aku ni....

           Aku bukan nak puji sangat tapi bila da nama kenangan ni kan .. semuanya manis belaka.... Alhamdulillah... kerana pertemuan aku dengan Ana... itulah bermulanya detik aku mula berkarya...

          Bersambung............





Rabu, 28 Disember 2011

Ampunkan Aku Ibu....

Links to this post
            "abang tak tahu mak bagaimana nak membalas kaseh sayang mak... sejauh mana pun mak abang pergi... mak tetap abang sayang... mungkin abang tak tahu nak ucapkan... tapi abang tetap sayangkan mak.... mak tetap abang sayang.... " - Aku Di Setiap Waktu.


Isnin, 26 Disember 2011

Kurang Ajar Dengan Ibu????

Links to this post
            Kurang ajar dengan ibu?? Apa la nak jadi dengan bebudak kita sekarang... Semakin hari semakin banyak pulak kes macam ni... Korang sedar tak? Kalau dengan Ibu pun kita kurang ajar... Apa lagi dengan orang lain...


             Bermula dengan ibu la kita mengenal dunia... bermula dengan ibu juga kita mengenal segalanya... Pengorbanan mereka tiada galang gantinya... Pengorbanan mereka juga kita tak mampu untuk kita bayar.. untuk kita beli...

            Mungkin kita tak pernah rasa kita pernah melakukan kesalahan, tak pernah melukai hati ibu.. dan mungkin tak pernah buat apa apa.... tapi... hati ibu siapa yang tahu..... mungkin tanpa sedar... kita telah melukakan hati mereka....

           Sayangilah mereka... Jagalah mereka dengan penuh kaseh sayang... Hargailah mereka.... Selagi mereka maseh ada...


kisah dari mastika - kisah benar Adik Iqbal Fahreen Hamdan
"Abang tunggu mak di syurga ya!"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,"

begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan:

"Abang tunggu mak di syurga ya!"

"Kenapa mak tak menangis?"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka:

"Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"

Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi.

Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

"Diari mak untuk abang"

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'.

Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu.

Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas.

Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan.

Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang?

Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011 - Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.

Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu.

Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

"Kek lori sampah untuk abang"

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa.

Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang.

Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

"Pergilah abang. mak izinkan.."

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat.

Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu.

Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!"

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang.

Mak bisikkan di telinga abang:

"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

"Jawapan mengapa mak tak menangis?"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah Adik Iqbal Fahreen Hamdan yang menghidapi lima jenis kompilasi jantung. Al-fatihah

Ahad, 18 Disember 2011

Movie with Ary - Aku Bukan Tomboy Full Movie

Links to this post
             Sebelum citer ni kena delect... baik korang layan... bukan senang nak senang der...












Jumaat, 16 Disember 2011

Aku... dulu terdiam menerima anugerah Allah...

Links to this post
            Suatu yang indah sebenarnya mudah kita perolehi... tapi semua terpulang pada kita... untuk menilai... apa yang kita hadapkan... masalah yang dalam dunia ni.. sebenarnya boleh kita hadapi dengan tabah.. dengan senyuman...

             Seperti kerja.. jika kita di suruh sesuatu tugasan... sebagai mana susah pun tugasan itu... tapi kita tenang... kita ikhlas... kita senyum... insyallah.. kita dapat melakukan sebaik yang mungkin... tapi.. kalau kita resah... gundah... hati tak tenteram... semudah mana pun kerja tu... pasti hasilnya celaka...

              Begitu juga... aku...

             Hari pertama aku di anugerahkan ia kepada aku... anugerah dari Allah... aku terkedu.. aku terdiam.. aku menyambutnya tanpa ciuman... aku menyambutnya tanpa kata apa apa... aku menyambutnya seperti tak ingin menerimanya... aku letak kembali di sana... aku keluar dari situ... aku maseh terdiam... namun hati aku menangis... aku menangis semahu mahu ku...

             " Ya Allah... begitu besarkah dugaan kau berikan pada aku..." Aku masa tu rasa tak tentu arah... aku tak dapat menerima keadaan... aku tak dapat menerima hakikat... aku seperti tak ingin... malah aku kadang berfikiran jahat... aku tak nak... aku tak nak!!!!

             Dalam nada pilu, aku bisikan pada isteriku... aku cuba terangkan keadaan sebenar namun... isteriku hanya mendengar tanpa sebarang reaksi... 

             Sesudah itu.. aku keluar menyendiri... pada hari itu...benar... aku tak kata apa apa... aku... dulu terdiam di saat menerima anugerah dari Allah itu...

            Dan malam tu... aku lelapkan mata... tanpa sebarang kata apa apa....

            Pagi.... aku bangun... aku sedar... aku sedar perihal semalam adalah benar... aku sedar aku tak boleh menolaknya... aku sedar aku tak dapat hindar darinya... aku sedar aku lemah dalam ketentuan Allah... aku sedar... sesungguhnya itu adalah anugerah Allah buat aku... aku da sedar... dan aku tahu aku patut belajar menerimanya...

            Itulah yang aku cuba buat hari tu... aku belajar menerima... aku belajar menghadapinya... aku belajar menyayanginya... lalu aku pergi ke atas... aku keseorangan masuk ke dalam... melihat dan mencari anugerah Allah yang di berikan kepada aku di kalangan anugerah Allah kepada mereka yang juga berada disitu...

           Aku da nampak... ia kecil di kalangan mereka yang sempurna... aku dekatinya... aku memandang dengan nada yang sayu... aku angkatnya dengan penuh lembut... hari itu.. adalah hari kedua aku melihatnya... hari itu lah,.. aku belajar terima ia dalam hidup aku... hari itulah aku berkali mencium ia... hari itu lah aku mula ingin menyayanginya.... tangis aku berlagu perlahan... tapi air mata... laju nya deras tak dapat aku tahan...

          " Maafkan ayah sayang... ayah salah... ayah tak guna... ayah tak nampak... maafkan ayah sayang... ayah tak akan pergi jauh... ayah akan sayang padamu.... macam mana pun dirimu sayang.... ayah tetap akan sayang..." aku cium lagi... aku peluk lagi... aku tangiskan lagi...




          Pagi tu juga aku bawa isteriku... untuk jumpa cahaya mata kami yang pertama.. yang di anugerahkan kepada kami... kami sayu dalam senyuman... kami sayang da mula sayang...

         Entah bagaimana... kami tak peduli apa orang kata... kami bawa saja kemana kami ingin pergi... kami sayang.... kami benar benar sayang.... kami sayang Aina... aku bawa saja... aku tak pernah sembunyikan... bukan aku sengaja ingin tontonkan... tapi Aina berhak di sayangi... Aina berhak dapat seperti mereka yang sempurna.... aku bawa ke mana saja... ke pasar raya... ke taman... kami bawa bersama walaupun puluhan mata memandang...

         Pernah kami bawa ke Hospital Johor Bahru untuk rawatan susulan... aku menangis... sebab.. baru lah aku tahu .. masalah yang aku hadapi hanya sebesar hama saja... bila aku terlihat seorang bapa mendukung anaknya yang umur belasan tahun... tak boleh berjalan... berdiri... dugaan buat mereka lebih besar dari aku... ampuni aku Ya Allah... aku bersyukur padamu...

         Alhamdulilah... Syukur kepada Allah... sekarang umur Aina sudah hampir lima tahun... dan selama itu aku tak pernah sembunyikan perihal anak aku... Aina pun dah cantik... da lawa...




           Dan... Aina pun da ada adik... Aina sayang adik dia... Aina selalu bermain sama dengan adik dia.... sekarang pun masa aku tulis cerita ini kat blog Aina tengah main basikal dengan adik dia... riuh rendah rumah ini... aku bahagia... aku bahagia... aku bahagia melihat mereka... 


             Aku bersyukur memiliki keluarga ini... aku bersyukur aku sebahagian darinya... walaupun aku hampir tewas... tapi aku bersyukur... aku bersyukur... aku sayang keluarga aku...


            Inilah cerita aku... aku.. dulu terdiam menerima anugerah dari Allah... dengarlah lagu yang aku cipta aku tuliskan dan aku nyanyikan buat anak ku Aina yang aku sayang.. semasa umurnya 16 hari.... inilah hadiah dari ayahnda buat anak ku yang tersayang... Nurul Aina Syuhada...


Untuk dapatkan lirik lagu ni dan cerita lagi mengenai Aina dulu boleh klik kat SINI : Teristimewa Buat Anak Hamba

Ahad, 11 Disember 2011

Cara nak kenakan member yang suka suka bukak pc korang...

Links to this post
            Hahaha.... macam ni pun ader... tapi memang klass lar kan macam ni... gempak siot... terperanjat member... hahahaha... jom layan...

Sabtu, 10 Disember 2011

Aku Nak Korang Tahu....

Links to this post
            Korang pernah alami tak perasaan bila korang pendam sesuatu... mesti resahkan.. rasa macam mulut ni gatal je nak bagi tau kat orang tu... orang tu? sape..? ala.. orang tu la.. yang pasal dier korang pendamkan sangat....

           Perasaan yang kita pendam tu bole buat kita jadi gila kalau kita tak tahu nak bagi hala tuju.. betul tak... boleh mereng kepala otak.... dendam, marah dan macam macam lagi la yang kita pernah pendamkan..

          Tapi apa yang ary nak bagi tau ni... perasaan CINTA... huihh.. laju noooo... korang kalau pasal cinta ni.. korang pernah ke pendam perasaan cinta ni... apa yang korang rasa... ader macam nak meletop tak... rasa suka, rindu, nak sayang... semuanyer.. arghhhh... ghiler btol la kan.... bole tertonggeng jadinyer kan..

          Sebenarnya kalau kita pendam pun tak pe.. sebab bila korang berterus terang... ditolak pulak cinta korang... malu nanti... marah pulak... tentu korang jadi tak tentu hala.. lagi pun buat apa terburu  terus nak meluahkan rasa cinta korang cepat cepat... ye la.. selidiki la dulu latar belakang orang yang korang minat tu.... lagi satu korang kena percaya yang jodoh tu dah di tentukan oleh tuhan...

         Kalau da memang takde jodoh.. korang nak pertahankan sampai mati pun sia sia.. tapi kalau memang da jodoh... just klik ajer... memang kekal la gamaknyer...

         Itu la kan.... Apa yang ary nak bagi tau kat sini ary nak bagi tau seseorang sebenarnya pasal perasaan ary.. hehehe... pasal cinta la jugak... tapi malu... ceh!.... sebab tu ary nak bagi tau dia melalui lagu... bole tak... ye la... lagu nyer macam ni... ary cuma nak bagi tahu perasaan yang ary pendam kat dier ni... korang nak dengar tak.. korang dengar ye... ary rakam dalam studio ni..


         Haa.. macam maner.. ok tak... kalau ary luah kan macam tu.... ni lagu lirik ciptaan ary tau... 
korang nak lirik nyer tak... jom kita selidiki jom...

Aku Ingin Kau Tahu
Melodi lagu & lirik ciptaan : Ary Ariasputera
Ciptaan : 25 November 2011

Sebelum masa mula beredar
aku ingin kau tahu
sebelum masa hilang dan pudar
ku kehilanganmu

Sebelum masa memburuku
aku ingin kau tahu
sebelum masa menghimpitku
andai kau pergi dulu

Tiba masa yang di impikan, tiba masa untuk kau tahu... isi hatiku

Tiada yang merunsingkan aku
hanya engkau yang satu
tiada yang melemaskan aku
andai kau disisiku

Tiba masa yang ku impikan, tiba masa tuk ku luahkan... lama ku genggam
tiba masa untuk kau tahu, hanya engkau impianku... oh kekaseh

Dibuai mimpi indah kerna kau yang ku cinta
mengertilah kau ku sayang padamu
semarak itu rasa cintaku untuk mu
semarak itu rasa cintaku untuk mu

semarak cinta hanya untukmu
dengarlah sayang aku ingin kau tahu

           Harap korang suke ye cara ary nak meluahkan perasaan yang terpendam ni... komen la sikit... baru ary tahu pendapat korang kan.... k la terima kaseh sudi dengar coleteh ary... salam sayang buat semua.... jangan lupa komen tau.. kalau nak komen kat facebook pun bole.. klik sini.


Rakaman lagu Aku Ingin Kau Tahu

Aku Ingin Kau Tahu
Melodi lagu & lirik ciptaan : Ary Ariasputera

Vokal & Gitar Kedua :

Gitar Utama

Bass

Lokasi Rakaman :
Ajis Studio Parit Sulong Batu pahat

Muahhhh!!!!

Live with Ary - Ibu dan Anak berzina dapat tepukan penonton???

Links to this post
            Mengucap.... ary mengucap ketika menonton.. beristifar.... tak sangka ye.. ader juga cinta begini yang terang tanpe disuluh.. berani biar satu dunia tonton.. tak de pihak berwajib yang membuat tindakan ke... 

".....asalkan saya tidak berzina dengan orang lain, saya hanya berzina dengan anak saya sendiri...."dia ibarat suami saya..." kami mau menikah...." kami sedang hangat bercinta..." sambil di sambut tepukan gemuruh oleh syaitan2, dajjal2, monyet2, dalam studio... - antara komen dari penonton youtube video ini..  

            Ary tak tau apa kesudahan dua beranak ni... ary pun baru tengok kat youtube... korang tengoklaaa sendiri... ader otak... korang pikir sendiri...


            


             Dunia hampir kiamat.....


Isnin, 5 Disember 2011

Cerita Aku..

Links to this post
            Kadang kala korang mesti banyak cerita yang nak ceritakan kat ary kan... haaa... sebelum tu... korang dengarlah cerita ary dulu... ala cerita aku...


             Hahaha... gamba tak mo kalah kan.... tak der kena mengena langsung dengan apa yang ary nak cerita ni... hahahaha..

            Macam ni.... semalam ahad... 04 Disember 2011 ary ngan kawan ary g tempat biase tuk rakam lagu baru ciptaan ary... lagu dan liriknya ciptaan... lagu yang bertajuk " Cerita Aku " 

            Maseh kekal kisah cinta tapi ni agak rancak sikit... kita orang rakam dua versi.. satu rakaman dua gitar satu bass... satu rakaman lagi siap drum... foyooo... tak sangka pulak menjadi... kalau korang nak tahu... rakan ary yang dua orang ni tak tahu lagu apa yang bakal kita orang main ni... masuk studio... semua pakai bedal ikut kod lagu yang ary beri je...

            tapi alhamdulillah.. ary puas... ngan apa yang kita orang dapat... korang nak tengok tak... tapi ary bg tengok lagu yang versi ader drum dulu tau... live ni... jom..


           Maaf la suara tak berapa jelas... tapi ary tuliskan liriknya kat bawah ni...

Cerita Aku
Melodi dan lagu ciptaan : Ary Ariasputera
Ciptaan lagu pada : 28 November 2011

Entah kenapa pula otak ini jadi keliru
entah kenapa pula fikiran ku ingat kamu
semua buat aku buntu semuanya bercelaru
apakah ini maksudnya apakah ini ertinya

Malam malam sepiku rasa ingin kau disisiku
siang tidak nampak kamu rasa resah tak menentu
bagaimana hujungnya apa yang kurasakan
apakah ini maksudnya apakah ku jatuh cinta

Merindu merindu merindu hati ini tetap rindu padamu
ku tak tahu ku tak tahu tak tahu cinta beginilah azab ha ha
merindu merindu merindu kaseh kasehku padamu
ceritaku maseh ada hanya kamu pada kamu

             Begitulah cerita kami... iaitu Cerita Aku... kepada yang support ary... terima kaseh semua... love u oll....



            Terima jugak pada Ibanez Jpj dan Mr Pits Ahmad Sebab sudi layan karenah ary masa nak rakam lagu ni... apa pun korang memang besssss gilerrrrrrrr....

Rakaman Video Lagu Cerita Aku Live At Parit Sulong

Cerita Aku
Melodi & Lirik Ciptaan : Ary Ariasputera

Vokal  & Drum

Gitar Utama

Gitar Bass



Love U Ollll.....

Ahad, 4 Disember 2011

Demo lo ni tak supo mulooo...

Links to this post
            Huarrrggghhhh.... penat penat penat... tapi bes... pengalaman demi pengalaman ary timba... akhirnya penuh satu baldi... hahaha... ape ni weiii... gitula kalau da makin angau...

           Hahaha... pesal ape plak angau... kan...


           Ye la kan.. da ngau da ni... pesal ape angau plak.... hahaha... sebenarnya tak de la mende sangat... ary cuma nak bagi tau korang pasal lagu demo jerk.. huh! Lagu demo???  Apebenda tu.. hahaha... ary pun penin nak bg tau...

            Sebenarnya cam ni.. beberapa ari yang lepas ader member ary.. member facebook arrr.. nama die..
Isebig Hamer chat ngan ary... Haa kat bawah ni gambar dier..


            Dier kate kawan dier ader buat lirik... nak ary carikan melodi tuk lirik kawan dier arrr... kawan nya nama ganaz beb... nama penulis lirik yang Isebig Hamer bagi tu nama nya Satria Mega... perghh ganzzzz...

            Nak kenal?.. ni la die Satria Mega nyer tu... ganaz tak?


           Ary sebenarnya tak pernah jumpa pun ngan Isebig Hamer dengan Satria Mega ni... namun atas dasar persahabatan... kami bersatu dalam menghasilkan sebuah lagu... bagaimana?

           Satria Mega buat lirik... ary cari melodi lagu untuk lirik tersebut... dan Isebig Hamer akan gubah lagu yang da ader tu, Isebig Hamer edit dalam susunan musiz yang lebih kemas.. dalam versi studio version... mengunakan software Sonar 7... Haaa... Kalau yang versi dari Isebig Hamer tu kita kena tunggu la... sebab yang pada ary ni cume ader demo saje... korang nak dengar tak.. jom.. layan..

           

             Haaa... amacam.. ok tak... ok.. kat bawah ni ary tulis liriknya...

Tajuk : Lagenda Jali Nise ( JNTL )
Melodi Lagu Ciptaan : Ary Ariasputera
Lirik Ciptaan : Satria Mega

Terpahat sudah satu legenda        
Tanah serendah sekebun bunga
Jali nise ampunyala nama             
Nama sebesar dalam arena...

Rambut kerinting afro lagakmu
Bagai mafia berkulit hitam

Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan ..    

kau jali   Kau lah lagenda         


Bisa matamu tak siapa menentang  
Suara garau memanglah jantan
Siapa melawan buruk padahnya      
Jari dipetik berduyun yang datang..

Kini hanya tinggalah nama
Kemana kamu menghilang

Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan         

kau jali   Kau lah lagenda        

           
             Ok .. kita same same tunggu lagu ni dalam versi studio.. same samer kita nantikan.. hasil buah tangan IseBig Hamer.... 

Ok Chow Cin Cau... Lets Rockkkk!!!!!

Jumaat, 2 Disember 2011

Ery Ma'arof artis baru yang bakal meledak..

Links to this post
            Ery Ma'arof.. mungkin nama ni agak asing bagi mereka yang belum kenal.. tapi ini dia.. artis baru yang bakal meledak dan menceriakan tanah air kita.. jom kita usha..



           Ery Ma'arof adalah artis baru di bawah bimbingan Komposer Saari Amri, Wow! Nama besar yang pernah menaikkan kumpulan ukays dengan lagu lagu yang tak tertelan oleh zaman... dan secara istimewanya Ery Ma'arof juga mendapat sentuhan dari Saari Amri sendiri dalam cubaan pertama Ery Ma'arof untuk mendapat tempat dalam industri muzik tanah air kita.

          Berlandaskan genre world muzik.. sememangnya satu kelainan buat kita.. Sentuhan Pertama dari Ery Ma'arof buat tatapan kita, single pertama yang bertajuk " Astarghfiruallah al-azim" ...

         Yang best bagi ary, ary dan ery sekampung beb! biarpun tak pernah berjumpa... ary bangga mengetengahkan bakat orang kita.. yang berasal dari Batu Pahat jugak... tu yang penting... same la ngan Najwa Latif.. pun orang Batu Pahat gak kan... tak salah kan...

          Oh ya... Kalu korang nak Add frieng ery kat facebook korang klik SINI. Tapi jangan lupa tau like Ery Ma'arof Fans jugak di facebook.. korang ble g sini.. KLIK SINI

          Apa pun.. bakat orang kita jangan kita lecehkan, persiakan, kita jangan lemahkan... tapi kita bagi semangat... kerna ia akan membakar semangat agar terus bersemangat untuk berkarya... baru ceria industri musik kita...

           Jom dengar single pertama Ery Ma'arof " Astarghfiruallah al-azim".. jom kita layan...

Rabu, 30 November 2011

Hilang identiti?

Links to this post
            Hilang identiti? Apa maksud hilang identiti bagi korang? Apa...? Hilang IC... Hahahaha... bole la jugak... sebenarnya aspek hilang identiti ni amat luas.. sangat luas... dari maner segi pun bole.. btul tak..?


             Tapi kalau hilang identiti bagi seorang blogger? Macam Ary....? Korang rasa blog ary ni da makin hilang identiti ker... yela... da makin sarat dengan movie laaa... video klip dan.. rasanya macam macam lagi la...

              Macam penuh la pulak... kan... mungkin ader ary ader rasa cam tu sikit... tapi tu cuma ary nak berhibur bersama korang... cari apa apa movie kat youtube... ary da tengok.. rasa bes... ary kongsi ngan korang... ary jumpa apa apa ideo klip yang bes.. ary kongsi ngan korang...

              Dalam pala otak plak tertulis entry yang lawak lawak... ary pun kongsi ngan korang... niat ary cuma satu...nak berkongsi jer...

              Tertarik pada mereka yang berjaya mengekalkan identiti tanpa sebarang perubahan... tapi susah sebenarnya... sebab kadang kadang kita kena berlari jauh sikit... untuk cari setitik cahaya... ( ceh! btol ker..) macam maner plak ngan blog korang.. semakin hari semakin apa yang korang  isi?

             Korang rasa blog ary da semakin hilang identiti ker...? terpulanglah.. korang nak cakap apa..

             Buat minggu ni ary tgh susun lagu untuk di rakamkan pada hari ahad ni... sama jugak... dengan lagu lirik ciptaan ary " Aku Ingin Kau Tahu' .. lagu yang baru ary susun ni untuk rakaman secara live distudio jamming...  seronok sebenarnya macam tu.. selalu ary cuma rakam seorang je lagu lagu ary.. tapi kali ni.. ngan member... lagu bole penuh pulak tu.. mungkin kualiti rakaman kurang... tapi tu je la yang ada...

            Buat mereka yang menyukai lagu lirik ciptaan Ary yang baru ni " Aku Ingin Kau Tahu " Terima kaseh sangat sangat yang like, yang komen kat facebook.. klik SINI kalau orang nak terjah ye...

           Dua lagu jadi pilihan ary tuk rakaman ahad ni.. satu lagu baru yang baru ary dapat isnin lepas... tajuk.. rahsieeeerrrr ler... hehehe...  ( tak rahsia sangat.. ary sebenarnya belum letak tajuk lagi... ) ataupun
rakam lagu yang sedia ada... apa pun bole...

             Apa pun... ary akan sentiasa update blog ary... apa pun perkembangan ary yang bermbang dengan ary ary sekali... akan ary bagi tahu kat korang... Wokey.. sampai sini jerk...

           Jumpa kite lagi di next entry.. terima kaseh buat korang yang terus support...

Movie with Ary - Big Buck Bunny full movie

Links to this post
            Seronok tengok movie... klaka gak... sound music cantik.. gamba cantik... yang paling bes... telatah dia orang larrr... memang terbaik...


Jumaat, 25 November 2011

Movie with Ary - Taubat Nasuha

Links to this post
            Kita tak tahu apa yang berlaku di belakang kita... kita tak tahu apa yang kita lakukan itu salah.. kita tak sedar di mana kita berpijak... beruntung bagi mereka yang memahami... beruntung bagi mereka yang yang sempat... Taubat Nasuha....








Khamis, 24 November 2011

Biarlah Cinta Menceritakan segalanya...

Links to this post
            Semua orang tahu.. semua orang ada cakap pasal ni.. semua orang.. arghh!!! Memang semua orang da tahu pun... CINTA...

          
            CINTA.. Love is Cinta... Cinta is love... ramai da tahu pebenda ni kan... rasanya budak darjah 3 sekarang pun da main main cinte ni.. ahaks! Memang klaka... tapi tu la hakikat kita kat dunia ni kan... macam macam da jadi... ape pun bole terjadi... semuanya kerana CINTA..

            Cinta pulak.. banyak bahagiannya.... pada harta pada sedara pada anak suami isteri.. dan arghh.. semua pon bole la... semuanya pasal CINTA.... apa pun perkara yang berlaku.. sama ada bermula dengan baik dan berakhir dengan jahat... ceh!! Atau pun sebaliknya... semuanya kerana CINTA...

            Ary pun tak tau ary melalut ape ni... rasanyer memang semua da tahu cinta tu ape kan... cuma ary nak kongsi pasal video ni... motifnya pasal cinta... tapi di garap cerita secara halus... ary suke tengok... mungkin korang da tengok... tapi... ary memang suka tengok...


Terpulanglah pada korang nak menilai macam maner kan...

Rabu, 23 November 2011

Movie with Ary - SAW 4 Full Movie

Links to this post
            Kamu kena kejam untuk selamatkan diri...

                          Dia cuma bagi 2 pilihan... korang....  bunuh diri.. atau dibunuh...



Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13

Selasa, 22 November 2011

Movie with Ary - Wrong turn 4 Full movie

Links to this post
             Kejam... dia orang cumer tau bunuh ajerk...















Panduan Menulis Lirik Lagu

Links to this post
            Haaa.... Hari ni ary nak berkongsi kat korang tentang bagaimana... panduan menulis lirik lagu... korang nak tahu tak... jom terjah!!!!



            Tapi sebelum tu ary nak bagi tau... info ni pun bukan dari ary tau... walaupun ary da banyak menulis lagu.. tapi ary pun belaja lagi... so.. tak reti larr ary nak ngajar korang... jadi bila dapat info ni... ary nak berkongsi ngan korang... jom kita same same bace.. mana tau berguna...

Panduan 1 
Pastikan korang reti menulis nama sendiri
Ahaks! Apebenda la ni kan... tapi betul la... kalu korang nama sendiri pun tak reti nak tulis camner nak tulis lirik lagu yang panjang lebar.. ye tak.. hehehe..

Panduan 2
Jiwang sudah tentu
Cuba bukak radio. lagu jiwang memanjang!!! Tak jiwang orang tak layan. Orang kita ni memang kuat jiwang. Kalau jumpa surat mak bapak kita time bercinta dulu.. korang amik pas tu edit sikit sikit... kompom bole buat lirik lagu..

Panduan 3
Biar Mudah Untuk Dihafal
Korang nak tulis lagu kan.. bukan nak tulis novel... Penyanyi pun bukan tahfiz bole hafal lirik korang banyak banyak pun. Lagi banyak ulang lagi diaorang suka. Korang banyakkan perkataan la-la-la, oh yeah-oh yeah, dan wo wo wo jerk...

Panduan 4
Lagi Pelik Lagi Bagus
Biase tak dengar lagu yang tak masuk akal tapi masuk carta? Biasa la tu.. Lirik tunggang terbalik bahasa ikut suka kalau kena nyanyinyer tentu orang suka. Hehehe... dia orang bukan tahu maksud pun...

Panduan 5
Moral Tak Penting
Kalau buat lirik nasyid kena la ader moral.. tapi lirik lagu lain maner ader kan... tapi top jugak... haaa apa lagi... bubuh jela...

Panduan 6
Rasuah Jika Perlu
Bila da siap liriknya.. terserah pada korang nak serah pada sape. Kalau ader orang dalam lagi bagus. Kualiti tak penting janji bole jual. Susah susah sangat korang rasuah je satu juta.. gerenti orang berebut rebut nak nyanyi lagu korang.

Aiseyh... bole ikut ke ke tak ni panduan ni... pelik btul laaaa... maner datang info ni... selak sikit...

Haaaa...?? dari Majalah APO? patut la semacam jerk kan.... jujurnya... hehehe....





Movie with Ary - Johnny English Reborn Full Movie

Links to this post
            layan je larrr....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom layan karya karya asli Ary... Klik Gambar Derrrr...